Sabtu, 11 Oktober 2014

NOTA ASAS SENI VISUAL

Dalam subjek Pendidikan Seni Visual asasnya ialah sama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5....Secara umumnya kita akan mengajar pelajar dan sentiasa mengingatkan mereka kepada Asas Seni visual iaitu

Unsur Seni :

  • Garisan - terhasil daripada satu siri titik yang disambungkan.
  • Rupa - terhasil daripada satu siri titik yang kemudiannya disambung sehingga ke titik permulaannya.
  • Bentuk - apabila dilukis mempunyai pandangan sudut yang menunjukkan 3D.
  • Ruang
  • Jalinan
  • Warna

Prinsip Rekaan :


  • Harmoni
  • Penegasan
  • Kontra
  • Pergerakan
  • Keseimbangan
  • Kepelbagaian 
  • Kesatuan 

Semua di atas adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh para pelajar dari setiap tingkatan.



Seni Halus :


  • Lukisan
  • Catan
  • Arca
  • Cetakan

Komunikasi Visual :


  • Reka bentuk Grafik
  • Poster
  • Simbol, Logo dan Maskot
  • Kaligrafi
  • Pembungkusan
  • Grafik Persekitaran
  • Ilustrasi
  • Komputer
  • Multimedia

Reka Bentuk :


  • Industri
  • hiasan dalaman
  • landskap

Kraf Tradisional dan dimensi baru :


  • Tembikar
  • Anyaman
  • Ukiran kayu
  • Tekat
  • Batik
  • Tenunan

   
 UNSUR SENI :                                 
                                        
NOTA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
BAB 2 : ELEKTRONIK


 Bil
Komponen elektronik
fungsi
1

L.E.D - Light Emmiting Diod
·         Memancarkan cahaya
·         Digunakan sebagai lampu isyarat bagi radio, tv, kaset dan alat elektronik lain.
2

Perintang Tetap Karbon
·         Untuk mengawal arus
·         Nilai perintang diukur dalam unit ohm (ω)

3

Perintang Boleh Laras
·         Digunakan pada  televisyen untuk mengawal   suara, warna dan kecerahan    
·         Radio untuk mengawal suara
4

Suis togel
·         Suis digunakan unuk membuka dan menutup litar

5

Suis tekan buka
·         Apabila punat suis ditekan, arus tidak mengalir di dalam litar.
·         Suis ini digunakan pada litar penanda lampu untuk pintu kereta
6

Suis tekan tutup
·         Apabila punat suis ditekan, arus akan mengalir dalam litar
·         Suis ini biasanya digunakan pada litar loceng rumah

7

Kapasitor berkutub
·         Menyimpan dan melepaskan  cas


8

Kapasitor tanpa kutub
·         Menyimpan dan melepaskan cas
9

Transistor PNP
·           Sebagai suis perintang boleh ubah
·            Meninggikan arus, voltan dan    kuasa elektrik
10

Transistor NPN

·            Sebagai suis perintang boleh ubah
·            Meninggikan arus, voltan dan    kuasa elektrik
11

Buzzer
·            Menghasilkan bunyi


B.   Kod warna perintang 
           
Warna
Jalur  pertama
Nilai angka pertama
Jalur  ke 2
Nilai angka kedua
Jalur  ke 3
Bilangan sifar
Jalur  ke 4
Tolenrasi
Hitam
0
0
-

Perang
1
1
0

Merah
2
2
00

Jingga
3
3
000

Kuning
4
4
0000

Hijau
5
5
00000

Biru
6
6
000000

Ungu
7
7
0000000

Kelabu
8
8
00000000

Putih
9
9
000000000

Emas



5 + -
Perak



10 + -
Tiada warna






















C. Cara membaca perintang 

Contoh 1      
Jalur 1
Jalur 2
Jalur 3
Kuning
Merah
Kuning
4
2
0000
Maka, nilai perintang ialah 42_0000Ω   atau 420 KΩ

                   §   1K = 1000 Ω
                   §   Ω  = Ohm

NOTA BAHASA INGGERIS

NOTA GEOGRAFI


BAB 3 : SKALA DAN JARAK

1. Umum

   1.1 Skala.
            - Skala ialah nisbah jarak di atas peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
            - Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan dan dibahagi dalam
              beberapa unit kecil untuk mewakili jarak tertentu di atas permukaan bumi.
            - Skala lurus juga dikenali sebagai skala linear atau skala garisan dan kadangkala
               ada juga ahli geografi menyebutnya sebagai skala piktograf.
   1.2 Jarak.
            - Jarak ialah jauhnya dari satu tempat ke tempat lain.
            - Jarak terdiri daripada 2 jenis iaitu:
                       • Jarak Mutlak.
                       • Jarak Relatif.
            - Jarak mutlak ialah jarak sebenar antara dua tempat yang diukur menggunakan
               unit ukuran jarak iaitu unit ukuran terdekat milimeter (mm) dan sentimeter (sm).
            - Ukuran jarak jauh diukur dengan ukuran meter (m) dan kilometer (km).
            - Jarak relatif ialah jarak diukur secara perbandingan dengan menggunakan kos
              dan masa.

2. Jenis-jenis skala lurus.

   2.1 Skala lurus mudah.
              - Skala lurus mudah dilihat sebagai satu garisan yang dilukis dalam satu garisan nipis.

                             
                                      Rajah 3.1: Skala lurus mudah.
Penerangan:
• a = Ruang unit di antara 0 dengan 1 dan seterusnya adalah jarak di atas peta yang diukur      
         dalam unit sentimeter.
• b = nombor 0 hingga 6 yang terletak di atas pembahagian unit adalah jarak sebenar di atas
          permukaan bumi yang diukur dalam unit kilometer atau meter.
• c = Unit ukuran jarak yang digunakan.

   2.1.1 Menukarkan skala lurus mudah kepada skala penyata.
               - Skala lurus mudah boleh dinyatakan di dalam bentuk skala penyata berdasarkan
                 kepada asas menukar skala lurus mudah seperti yang ditunjukkan di dalam
                 Rajah 3.2.

   
                            Rajah 3.2: Kaedah menukar skala lurus mudah kepada skala penyata.

 Penerangan:
• a = Ukur ruang di antara nombor 0 dengan 1 dengan pembaris dengan menggunakan
          ukuran sentimeter.
• b = Pindahkan nilai angka yang terdapat pada nombor selepas nombor 0.
• c = Pindahkan unit ukuran dalam ruang unit ukuran.
• Jawapan yang anda perolehi ditulis sebagai 1Sm mewakili 1Km.

   2.2 Skala lurus penuh.
                - Skala lurus penuh dilukis menggunakan garisan tebal dengan skala bermula
                   dengan nombor 1 diikuti dengan nombor 0.
               -  Dalam skala lurus penuh di bahagian sebelah kiri skala terdapat 1 unit yang
                   dibahagikan dalam beberapa unit kecil untuk mewakili jarak sebenar
                   di atas bumi yang lebih dekat.

Penerangan:
             • a = Ruang jarak di atas peta bagi ukuran unit terkecil yang biasanya mewakili jarak 100m.
             • b = Ruang unit di antara 0 hingga 1 dan seterusnya mewakili unit ukuran di atas kertas yang
                      biasanya diberi jarak 1sm.
             • c = Semua nombor yang terletak di atas garisan lurus merupakan jarak sebenar di atas permukaan
                      bumi.
             • d = Unit ukuran yang digunakan di dalam peta.










NOTA SEJARAH


BAB 2: KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG 

CAMPUR TANGAN BRITISH

* Sebab British di Negeri-negeri Melayu

a)  Dasar Campur Tangan British
        1 .Sebelum tahun 1874, British tidak mengamalkan dasar campur tangan di
             negeri-negeri Melayu.               
        2. Akan tetapi, mereka ambil Negeri-negeri Selat.
        3. Tahun 1873 Parti Konservatif ambil alih pucuk pimpinan kerajaan Britain
             daripada Parti Liberal.
        4. Kerajaan baru amalkan dasar campur tangan.

b)  Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu
         1  .Negeri Melayu kaya dengan hasil bumi
         2.  British berpendapat perlu segera menguasai negeri Perak, Pahang, 
              Selangor dan N. Sembilan.                  
         3.  Pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, 
              Sungai Ujong, Lukut &  Klang.

c)  Revolusi Perindustrian mendesak campur tangan
         1. Revolusi wujudkan kilang-kilang perusahaan.
         2. Perlukan bijih timah utk perusahaan mengetin.
         3. Negeri Melayu mesti dikuasai untuk dapat bekalan bijih timah yang 
             berterusan dan menjadi tempat memasarkan hasil keluaran mereka.

d)  Terusan Suez dan kapal wap
         1. Pembukaan Terusan Suez pendekkan jarak perjalanan dari England 
             ke Tanah Melayu.
         2. Kapal wap cepatkan perjalanan dan bawa muatan yang lebih banyak.

e)  Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain
         1. British bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah laindi Asia Tenggara.
         2. Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis diIndoChina dan Sepanyol 
             di Filipina.

f)Desakan pedagang
         1. Pertelingkahan pembesar Melayu dan pergaduhankongsi gelap Cina 
             akibatkan huru-hara.
         2. Keadaan ini merugikan pedagang Negeri-Negeri Selat khasnya berkaitan 
             perdagangan bijih timah.
         3. Mendesak British melindungi pelaburan mereka.
         4. Pedagang Negeri-Negeri Selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah 
             Jajahan British, Lord Kimberley mendesak British untuk campur tangan

* Keadaan politik di Perak 

a)  Pertelingkahan kongsi gelap Cina

        1. Daerah Larut kaya dengan bijih timah
        2. Long Jaafar bawa masuk ramai orang Cina untuk memajukan 
            perlombongan bijih timah di Larut.
        3. Kemasukan buruh Cina mencetuskan pergaduhan kumpulan kongsi 
            gelap Ghee Hin dengan Hai San.
        4. Pergaduhan membawa kepada Perang Larut.
        5. Bagi menamatkan perang, Ngah Ibrahim (MenteriLarut) melantik
            Kapten Speedy iaitu TimbalanPesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Selat
            untuk manamatkan kekacauan.
        6. Kekacauan dihentikan selepas Perjanjian Pangkor
        7. Dalam Perjanjian Pangkor 1874, pemimpin kongsigelap Cina hadir 
            untuk menyelesaikan masalah di Larut. Antaranya Kapitan 
            Chung Ah Kwee iaitu ketua kumpulan Hai San.
        9. Masyarakat Cina bersetuju hentikan pergaduhan danmenerima British 
             menjadi orang tengah dalam urusan perlombongan bijih timah.

 b)  Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja.  
      
         1.  Selepas kemangkatan Sultan Ali tahun 1871, Raja Ismail Raja 
              Bendahara jadi sultan.
         2.  Perlantikan ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusuf.
         3.  Raja Abdullah ialah Raja Muda yang sepatutnya ditabalkan 
              menjadi sultan.
         4.  Raja Abdullah tidak dilantik sebagai sultan kerana beliau tidak 
              hadir ketika upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong walaupun 
              dijemput untuk menghadirinya.
         5  .Raja Yusuf diketepikan kerana beliau tidak disukai oleh pembesar
              Perak.
         6.  Tentangan kuat terhadap Sultan Ismail datangnya daripada Raja 
              Abdullah yang disokong Dato’ Maharajalela dan Dato’Sagor.
         7.  Kuasa Raja Ismail sebagai sultan hanya terbatas di Hulu Perak.
         8.  Raja Abdullah terus berkuasa di Hilir Perak.
        9. Raja Abdullah minta bantuan Britishuntuk mengiktiraf beliau sebagai sultan.
       10. Andrew Clarke (Gabenor Negeri-Negeri Selat) melihat permintaan 
             Raja Abdullah sebagai peluang untuk British menguasai Perak yang kaya 
             dengan bijih timah.
        11. Andrew Clarke memanggil pembesar Melayu dan pemimpin kongsi 
              Gelap Cina untuk berunding di Pulau Pangkor.
        12. Pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor.
        13. Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan.
        14. Hasil rundingan, termeterailah Perjanjian Pangkor 1874 di kapal British, 
              H.M.S.Pluto 

 c)  Syarat Perjanjian Pangkor

         1. Raja Abdullah diiktiraf Sultan Perak.
         2. Raja Ismail diakui Raja Muda.
         3. Residen British menasihati semua perkara kecuali agama Islam dan 
             adat istiadat Melayu.
         4. Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai.
         5. Residen, Penolong Residen, Sultan dan Pembesar dibayar gaji daripada
             pungutan hasil mahsul Perak.
         6. Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut danmenerima seorang 
             Penolong Residen.
         7. Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan 
             keamanan di Perak.

* Campurtangan British di Selangor

         1. Tahun 1857, Sultan Abdul Samad yang berkuasadi daerah Langat 
             ditabalkan jadi Sultan Selangor.
         2. Berlaku Perang Klang yang menyebabkan campur tangan British 
             di Selangor.
         3. Daerah Klang pada mulanya di bawah kekuasaan Raja Sulaiman.
         4. Apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang diserahkan kepada 
             Raja Abdullah.
         5. Penyerahan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Raja Mahadi 
              iaitu putera Raja Sulaiman.
         6. Raja Abdullah memajukan lombong bijih timah di Klang dengan 
             membawa masuk buruh Cina.
         7. Lombong bijih timah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang.
         8. Klang berkembang maju.
         9. Peperangan menyebabkan perdagangan terjejas.
        10. Sultan Abdul Samad lantik Tengku Kudin untuk menamatkan
              Perang Klang.
        11. Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar- pembesar Selangor 
              kerana beliau bukan anak negeri  Selangor.
        12. Tengku Kudin minta bantuan British untuk menamatkan kekacauan.
        13. British desak Sultan Abdul Samad menerima Residen British.
        14. Sultan Abdul Samad tidak setuju.
        15. British cari alasan untuk menempatkanresidennya di Selangor.
        16. Tahun 1873, sebuah kapal dagang British dirompak berdekatan ]
              dengan Langat.
        17. Tahun 1874, rumah api British di Tanjung Rachado diserang.
        18. Peristiwa tersebut mendesak Sultan Abdul Samad meletakkan 
              Selangor di bawahnaungan British.
        19 .J.G. Davidson sebagai Residen yang pertama.
        20. Frank Swettenham sebagai Penolong Residen.

* Campurtangan British di Sungai Ujong

      1. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dilantik menjadi pemerintah 
          di daerah Sg. Ujong.
      2. Dato’ Bandar Kulop Tunggal juga berpengaruh di daerah Sg. Ujong.
      3. Perebutan untuk menguasai Sg.Linggi mencetuskan pertelingkahan 
          antara Dato’Kelana dengan Dato’ Bandar.
      4. Dato’ Bandar dapat sokongan daripada penduduk tempatan dan 
          pelombong- pelombong Cina
      5. Dato’ Kelana minta bantuan British
      6. Dato’ Kelana tandatangani perjanjianmenerima perlindungan British
      7. Syarat perjanjian:
              a. Dato’ Kelana diiktiraf oleh British sebagai pemerintah di 
                  Sungai Ujong 
              b. British mempunyai kuasa penuh bagi mengutip cukai di Sungai Linggi.
              c. British menempatkan P.J. Murray sebagai Residen British
     9. Dato’ Bandar tidak mengiktiraf perjanjian
    10. British memberi bantuan tentera kepada Dato’Kelana untuk menewaskan
          Dato’ Bandar.
    11. Dato’ Bandar dibuang negeri ke Singapura.
    12.British menguasai daerah Rembau, Jelebu dan Seri Menanti
    13.British menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.
    14.Tahun 1895, semua daerah disatukan danmembentuk persekutuan.
    15.Tunku Muhammad ibni Yamtuan Antahditabalkan sebagai Yang 
         Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
    16. Martin Lister sebagai Residen British di Negeri Sembilan.

* Campurtangan British di Pahang

      1. Frank Swettenham dan Frederick Weld pujuk Sultan Ahmad 
          menerima Residen British tetapi  gagal.
      2. British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk 
          pujuk Sultan Ahmad agar menerima pengaruh British.
      3. Usaha berjaya.
      4. Hugh Clifford dilantik menjadi Wakil British.
      5. Wakil British mempunyai kuasa seperti seorang pegawai Konsul
          iaitu mengurus dan melindungi rakyat British di negeri lain.
      6.  British tidak berpuas hati kerana wakil British mempunyai kuasa 
           yang terhad.
      7. Tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina bernama
          Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad.
     8. British guna peristiwa ini untuk desak SultanAhmad menerima 
         Residen British dengan alasan baginda tidak mampu mewujudkan 
         ketenteraman.
     9. J.P. Rodger jadi Residen British yang pertama.

* Perlaksanaan Sistem Residen



     1. Sistem Residen merupakan campur tangan British dalam pentadbiran 
         di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.  
     2. Seorang Residen dilantik bagi setiap negeri tersebut.
     3. Negeri-negeri tersebut sbg negeri naungan British.
     4. Residen menasihati sultan dalam semua hal pentadbiran kecuali 
         agama Islam dan adat istiadat
     5. Menggugat kuasa sultan dan pembesar tempatan.

* Sistem Residen gugat kuasa Sultan dan Pembesar



      1. Sultan dan pembesar kehilangan kuasa.
      2. Residen menasihati sultan dalam semua hal pentadbiran kecuali 
          hal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
      3. Nasihat residen mesti dipatuhi.
      4. Residen menghapuskan hamba
      5. Bagi sultan dan pembesar, amalan hamba -adat Melayu tradisional 
          turun-temurun.
      6. Residen ambil alih kuasa hak pungutan cukai.
      7. Pungutan cukai diambil alih oleh PegawaiMajistret dan 
          Pemtngut Hasil.

* Pembentukan Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)


  a)Kelemahan Pentadbiran Sistem Residen


      1. Setiap Residen tidak diberi panduan yang jelas.
      2. Residen menjadi terlalu berkuasa.
      3. Gabenor"Negeri-Negeri Selat di Singapuragagal mengawal kuasa 
          Residen.
      4. Pentadbiran di setiap negeri tidak seragamkerana mempunyai
           undang tersendiri.

 b)Faktor Penubuèan NNMB


      1. Kelemahan penôadbiran Sistem Residen.
      2. Masalah krisis kewangan Pahang.
      3. Perbelanjaan îegeri meningkat kerana Pahangmenanggung banyak 
          hutang.
      4. Jika Pahang digabungkan dengan negeri yang kayaseperti Perak dan 
          Selangor, masalah diringankan.
      5. Wujudkan perkongsian perkhidmatan pakar -menjimatkan bayaran 
          perkhidmatan pakar seperti jurutera, juruukur dan doktor.
      6. Sistem perhubungan jalan raya dan landasan keretaapi antara negeri 
          Melayu dapat dimajukan
      7. Kukuhkan lagi kekuatan dan pertahanan ketenteraan.

  c)Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895.

      1. Ditandatangani pada tahun 18852. Dikuatkuasakan pada tahun 1896.

      2. Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan danPahang disatukan 
          menjadi NNMB.
      3. Pusat pentadbiran di Kuala Lumpur.  
      4. Diketuai oleh Residen Jeneral.
      5. Jawatan Residen masih kekal di negerimasing-masing.
      6. Frank Swettenham Residen Jeneral Pertama NNMB.
      7. Syarat perjanjian Persekutuan:
             a. Raja-raja bersetuju menggabungkan negerimereka menjadi 
                 sebuah persekutuan.
             b. Menerima pegawai British sebagai ResidenJeneral.c.Raja-raja 
                 bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara 
                 kecuali agama Islam dan adat-istiadat Melayu.
             c. Raja-raja setuju membantu negeri-negeri yangmemerlukan bantuan.
             d. Residen Jeneral bertanggungjawab kepadaGabenor 
                 Negeri-Negeri Selat di Singapura.

* Pembentukan NNMB cabar kewibawaan sultan



      1. Kuasa pentadbiran oleh Residen Jeneral.
      2. Residen Jeneral amat berkuasa dalam urusankewangan dan
          cukai eksport.
      3. Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yangdiketuai oleh 
          Pegawai British, seperti JabatanKehakiman, Kewangan, Perhubungan 
         dan Perkhidmatan Awam.
      4. Penglibatan orang Melayu dalam jabatan-jabatandihadkan
      5. Sultan dikehendaki mengikut nasihat Residen Jeneraldalam semua 
          hal kecuali agama Islam dan adat- istiadat Melayu.
      6. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambilalih oleh Residen Jeneral.

* Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar)


      1. Raja-raja Melayu tidak puas hati terhadap kuasaResiden Jeneral 

          dan kerajaan pusat.
      2. British menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-Raja Melayu 
          tahun 1897.
      3. Perbincangan tertumpu pad hal ehwal adat, agamaIslam dan 
          kebajikan orang Melayu.
      4. Durbar asas kepada Kewujudan Majlis PersidanganRaja-Raja Melayu
      5. Ahli-ahli Durbar - Pesuruhjaya Tinggi, Raja-rajaMelayu, Residen Jeneral 
          dan 4 orang Residen.
      6. Durbar pertama di Kuala Kangsar, Perak 
      7. Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur 
      8. Isu persidangan Durbar:
                a. Sultan Perak (Sultan Idris) kritik pemusatankuasa di 
                    tangan Residen Jeneral
                b. Desak kuasa raja Melayu dikembalikan

                c. Desak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan 
                    ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.
                d. Minta British iktiraf bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi

* Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909


     1. British gantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 

         tahun 1909.
     2. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan jawatanKetua Setiausaha.
     3. Kerajaan British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir 
         kepada Majlis Mesyuarat  Negeri.

* Kesimpulan



     1. Kekayaan negara mendorong British menguasai Perak, Selangor, 
         Negeri Sembilan dan Pahang
     2. Perebutan takhta menimbulkan keadaan tidak tenteram dan memberi 
         peluang kepada British untuk campurtangan
     3. Kekayaan ekonomi tidak dapat dibangunakansekiranya negara 
         dalam keadaan tidak aman.