Sabtu, 11 Oktober 2014

NOTA GEOGRAFI


BAB 3 : SKALA DAN JARAK

1. Umum

   1.1 Skala.
            - Skala ialah nisbah jarak di atas peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
            - Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan dan dibahagi dalam
              beberapa unit kecil untuk mewakili jarak tertentu di atas permukaan bumi.
            - Skala lurus juga dikenali sebagai skala linear atau skala garisan dan kadangkala
               ada juga ahli geografi menyebutnya sebagai skala piktograf.
   1.2 Jarak.
            - Jarak ialah jauhnya dari satu tempat ke tempat lain.
            - Jarak terdiri daripada 2 jenis iaitu:
                       • Jarak Mutlak.
                       • Jarak Relatif.
            - Jarak mutlak ialah jarak sebenar antara dua tempat yang diukur menggunakan
               unit ukuran jarak iaitu unit ukuran terdekat milimeter (mm) dan sentimeter (sm).
            - Ukuran jarak jauh diukur dengan ukuran meter (m) dan kilometer (km).
            - Jarak relatif ialah jarak diukur secara perbandingan dengan menggunakan kos
              dan masa.

2. Jenis-jenis skala lurus.

   2.1 Skala lurus mudah.
              - Skala lurus mudah dilihat sebagai satu garisan yang dilukis dalam satu garisan nipis.

                             
                                      Rajah 3.1: Skala lurus mudah.
Penerangan:
• a = Ruang unit di antara 0 dengan 1 dan seterusnya adalah jarak di atas peta yang diukur      
         dalam unit sentimeter.
• b = nombor 0 hingga 6 yang terletak di atas pembahagian unit adalah jarak sebenar di atas
          permukaan bumi yang diukur dalam unit kilometer atau meter.
• c = Unit ukuran jarak yang digunakan.

   2.1.1 Menukarkan skala lurus mudah kepada skala penyata.
               - Skala lurus mudah boleh dinyatakan di dalam bentuk skala penyata berdasarkan
                 kepada asas menukar skala lurus mudah seperti yang ditunjukkan di dalam
                 Rajah 3.2.

   
                            Rajah 3.2: Kaedah menukar skala lurus mudah kepada skala penyata.

 Penerangan:
• a = Ukur ruang di antara nombor 0 dengan 1 dengan pembaris dengan menggunakan
          ukuran sentimeter.
• b = Pindahkan nilai angka yang terdapat pada nombor selepas nombor 0.
• c = Pindahkan unit ukuran dalam ruang unit ukuran.
• Jawapan yang anda perolehi ditulis sebagai 1Sm mewakili 1Km.

   2.2 Skala lurus penuh.
                - Skala lurus penuh dilukis menggunakan garisan tebal dengan skala bermula
                   dengan nombor 1 diikuti dengan nombor 0.
               -  Dalam skala lurus penuh di bahagian sebelah kiri skala terdapat 1 unit yang
                   dibahagikan dalam beberapa unit kecil untuk mewakili jarak sebenar
                   di atas bumi yang lebih dekat.

Penerangan:
             • a = Ruang jarak di atas peta bagi ukuran unit terkecil yang biasanya mewakili jarak 100m.
             • b = Ruang unit di antara 0 hingga 1 dan seterusnya mewakili unit ukuran di atas kertas yang
                      biasanya diberi jarak 1sm.
             • c = Semua nombor yang terletak di atas garisan lurus merupakan jarak sebenar di atas permukaan
                      bumi.
             • d = Unit ukuran yang digunakan di dalam peta.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan