Sabtu, 9 Ogos 2014

CORETAN HARI RAYA

Assalamualaikum...... hai semua... aku nak ucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat islam...semoga bergembira di hari raya ni... dan tak lupa jugak doa untuk umat islam di palestin..

         Semua orang mesti gembira setiap kali menyambut syawal.. Aku pun rasa macam tu dan bagi aku   setiap kali menyambut syawal mesti seronok.. Sebab dapat pakai baju baruu, berkumpul dengan ahli keluarga, sanak saudara dan yang paling penting dapat kumpul duit raya... hihihi...
        Pagi raya seperti biasa aku akan bersalam - salaman dengan ibu dengan ayahku dan adik - beradik...Pastu baru aku bertolak pergi melaka kampung sebelah ayah... dapatlah jumpa sanak saudara....dan seperti biasa pergi beraya rumah nenek saudara pakcik dan lain - lain... itulah kisah serba sedikit syawal aku....

       Apapun aku pasti semua orang pasti bergembira dengan suasana yang berbeza - beza... walaubagaimanapun jangan lupa doakan saudara kita yang ditindas di gaza... amin...

Sampai disini saja coretan aku... bye assalamualaikum.... 





Sabtu, 2 Ogos 2014

SAINS - BAB 2 (NUTRISI)

KELAS MAKANAN :

  •  Nutrisi adalah proses mendapatkan makanan untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.
  •  Makanan berbeza mengandungi nutrien yang berbeza. 
  •  Nutrien adalah bahan di dalam makanan yang diperlukan oleh badan.
  •  Makanan boleh dibahagikan kepada beberapa kelas, iaitu :-

           Karbohidrat , protein, lemak, vitamin, mineral, gentian, air 





KARBOHIDRAT

  • Karbohidrat boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk iaitu gula, selulosa,     glikogen dan kanji.
  • Contoh daripada kanji adalah nasi, roti,kentang, gandum dan lain-lain.
  • Gula merupakan  bentuk ringkas karborhidrat. Jenis gula ringkas adalah glukosa (anggur), sukros (tebu), dan laktos (susu).
  • Selulosa ditemui dalam dinding sel tumbuhan dan tidak boleh dicernakan. Contoh : buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Glikogen ditemui dalam hati dan otot.

PROTEIN
  • Protein mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.Sesetengah protein mempunyai sulfur dan fosforus.
  • Protein terbentuk daripada unit-unit asas yang dinamakan asid amino.
  • Protein haiwan termasuk daging, susu, ikan dan telur. Kekacang, bijirin dan kacang soya adalah protein tumbuh-tumbuhan.
  • Fungsi protein adalah ;
           1. Diperlukan untuk membesar dan memperbaiki sel-sel yang
               rosak.
           2. Digunakan untuk menghasilkan enzim, hormon, antibodi dan                                 hemoglobin.
           3. Sebagai sumber tenaga jika kekurangan karbohidrat.
  • Protein yang berlebihan akan dipecahkan oleh hati kepada urea, di mana ia disingkirkan sebagai air kencing.
  • Kekurangan protein terhadap kanak-kanak boleh menyebabkan mengidap penyakit kwashiorkor.
  • Protein boleh diuji dengan Reagen millon’s, apabila dipanaskan. Mendakan putih bertukar warna merah.

VITAMIN
  • Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan badan.
  • Vitamin tidak membekalkan tenaga.
  •  Hanya vitamin B dan C sahaja larut air. Yang selebihnya adalah larut lemak.

MINERAL
  • Garam mineral adalah bahan tidak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kesihatan badan.
  • Contoh mineral adalah kalsium, fosforus, iodin.
  • Penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan juga penting dalam penghasilan hormon dalam kelenjar tiroid.

ZAT BESI

  • Contohnya adalah Hati, telur dan sayuran.
  • Membentuk hemoglobin dalam sel darah merah.

NUTRISI (TUMBUHAN)