Sabtu, 9 Ogos 2014

CORETAN HARI RAYA

Assalamualaikum...... hai semua... aku nak ucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat islam...semoga bergembira di hari raya ni... dan tak lupa jugak doa untuk umat islam di palestin..

         Semua orang mesti gembira setiap kali menyambut syawal.. Aku pun rasa macam tu dan bagi aku   setiap kali menyambut syawal mesti seronok.. Sebab dapat pakai baju baruu, berkumpul dengan ahli keluarga, sanak saudara dan yang paling penting dapat kumpul duit raya... hihihi...
        Pagi raya seperti biasa aku akan bersalam - salaman dengan ibu dengan ayahku dan adik - beradik...Pastu baru aku bertolak pergi melaka kampung sebelah ayah... dapatlah jumpa sanak saudara....dan seperti biasa pergi beraya rumah nenek saudara pakcik dan lain - lain... itulah kisah serba sedikit syawal aku....

       Apapun aku pasti semua orang pasti bergembira dengan suasana yang berbeza - beza... walaubagaimanapun jangan lupa doakan saudara kita yang ditindas di gaza... amin...

Sampai disini saja coretan aku... bye assalamualaikum.... 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan